SEJARAH MASJID DARUL ISLAH, MUKIM PADANG LICIN
Masjid ini mula diasaskan pada tahun 1999 oleh Almarhum Ustaz Haji Ramli Berahim Al-Azhari, menantu Tuan Guru Hj Zakaria Ismail, Tuan Guru Pondok Banggol Stol dan Ketua Dewan Ulamak Kelantan yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang. Almarhum Ust Hj Ramli mengasaskan masjid ini bagi menyempurnakan amanah ibundanya tercinta, Almarhumah Hjh Fatimah binti Ngah yang mewakafkan tanah ini untuk pembinaan masjid baru bagi manfaat muslimin muslimat di kawasan ini. Sebelumnya, terdapat sebuah surau kecil berhadapan tapak masjid ini yang telah dibina pada tahun 1981 kemudian berpindah dan diperbesarkan ke tapak yang ada kini setelah ibu Ustaz Haji Ramli iaitu Almarhumah Hajjah Fatimah binti Ngah bersama seorang lagi pewakaf iaitu Hj Yaakob telah mewakafkan tanah ini untuk pembinaan masjid yang baharu. Bermula daripada itu, para penduduk bertungkus lumus mencari dana hatta ke Singapura untuk pembinaan masjid ini. Ustaz Haji Ramli telah melantik bapa saudara sebelah isterinya iaitu Tuan Guru Haji Yus...
Comments
Post a Comment