DUA JALUR UTAMA RANTAIAN SANAD EMAS SELAWAT FATIH KE BUMI BERTUAH NUSANTARA
Selawat Fatih amat dikenali di alam Melayu terutama melalui penulisan 3 ulamak terulung alam Nusantara iaitu Syeikh Daud Al-Fatoni, Syeikh Abdus Somad Al-Falimbani dan Syeikh Arsyad Al-Banjari. Mereka yang menelaah kitab-kitab turath/warisan ulamak Melayu pastinya menemui Selawat Fatih dalam kitab-kitab mereka. Ini membuktikan kesepakatan mereka dalam mendalami kelebihan anugerah Selawat yang tak ternilai ini. Syeikh Daud Al-Fatoni dalam kitab utamanya Munyatul Musolli menaqalkan Kalam Al-Arif Al-Bakri dan yang dimaksudkan adalah Sidi Syeikh Muhammad Mustafa Al-Bakri As-Siddiqi berkenaan kelebihan Selawat Fatih dengan menyatakan barangsiapa mengamalkan Selawat Fatih dalam hidupnya akan meninggal dunia dengan pengakhiran yang baik, in sya Allah. Ini kerana dengan berselawat akan membawanya dekat dengan masjid, dekat dengan ulamak hakiki, dekat dengan orang-orang soleh sehingga mendidik dirinya menjadi hamba Allah yang dirahmati. Bila dirinya menjadi hamba sebenar kepada Alla...
Comments
Post a Comment