Posts

FUTSAL MAHABBAH BERSAMA YB ADUN

Image

DUA JALUR UTAMA RANTAIAN SANAD EMAS SELAWAT FATIH KE BUMI BERTUAH NUSANTARA

Image
Selawat Fatih amat dikenali di alam Melayu terutama melalui penulisan 3 ulamak terulung alam Nusantara iaitu Syeikh Daud Al-Fatoni, Syeikh Abdus Somad Al-Falimbani dan Syeikh Arsyad Al-Banjari. Mereka yang menelaah kitab-kitab turath/warisan ulamak Melayu pastinya menemui Selawat Fatih dalam kitab-kitab mereka. Ini membuktikan kesepakatan mereka dalam mendalami kelebihan anugerah Selawat yang tak ternilai ini. Syeikh Daud Al-Fatoni dalam kitab utamanya Munyatul Musolli menaqalkan Kalam Al-Arif Al-Bakri dan yang dimaksudkan adalah Sidi Syeikh Muhammad Mustafa Al-Bakri As-Siddiqi berkenaan kelebihan Selawat Fatih dengan menyatakan barangsiapa mengamalkan Selawat Fatih dalam hidupnya akan meninggal dunia dengan pengakhiran yang baik, in sya Allah. Ini kerana dengan berselawat akan membawanya dekat dengan masjid, dekat dengan ulamak hakiki, dekat dengan orang-orang soleh sehingga mendidik dirinya menjadi hamba Allah yang dirahmati. Bila dirinya menjadi hamba sebenar kepada Alla...

SEJARAH MASJID DARUL ISLAH, MUKIM PADANG LICIN

Masjid ini mula diasaskan pada tahun 1999 oleh Almarhum Ustaz Haji Ramli Berahim Al-Azhari, menantu Tuan Guru Hj Zakaria Ismail, Tuan Guru Pondok Banggol Stol dan Ketua Dewan Ulamak Kelantan yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang. Almarhum Ust Hj Ramli mengasaskan masjid ini bagi menyempurnakan amanah ibundanya tercinta, Almarhumah Hjh Fatimah binti Ngah yang mewakafkan tanah ini untuk pembinaan masjid baru bagi manfaat muslimin muslimat di kawasan ini. Sebelumnya, terdapat sebuah surau kecil berhadapan tapak masjid ini yang telah dibina pada tahun 1981 kemudian berpindah dan diperbesarkan ke tapak yang ada kini setelah ibu Ustaz Haji Ramli iaitu Almarhumah Hajjah Fatimah binti Ngah bersama seorang lagi pewakaf iaitu Hj Yaakob telah mewakafkan tanah ini untuk pembinaan masjid yang baharu. Bermula daripada itu, para penduduk bertungkus lumus mencari dana hatta ke Singapura untuk pembinaan masjid ini. Ustaz Haji Ramli telah melantik bapa saudara sebelah isterinya iaitu Tuan Guru Haji Yus...

Kemudahan bayaran Zakat Fitrah secara online

Image
 KHAS UNTUK ANAK MUKIM PADANG LICIN  Kemudahan bayaran Zakat Fitrah secara online terus ke akaun Amil Zakat Sila imbas Kod QR di bawah kemudian masukkan jumlah Zakat Fitrah sendiri / bersama tanggungan Setelah selesai pembayaran online, sila klik link Whatsapp berikut untuk mengisi maklumat ; https://zakatpdglicin.wasap.my      atau wasap ke no 01158905289 Terima kasih, Selamat Berzakat Fitrah #zakatfitrah #online #maik #hartaberkat #kelantan #malaysia